Wednesday, 9 March 2016

~ PERJALANAN ~

PERJALANAN
Telah terbuka jendela pagi
terima kasih malam kerana telah membenih mimpi
ayat-ayat alam terus mengupas nafas
larut pada setiap waktu
menjemput hidup dalam setiap syukur yang ada.
Awan juga menghantar damai
memimpin jalan musafir
melepaskan waktu memeluk rindu
senja berjalan perlahan
menarik tabir warnanya
masa 'kan mampu mengejar mimpi
sebelum malam menghantar siang ke peraduannya.
Qalam Bertinta
Klang
040316

No comments:

Post a Comment