Friday, 15 April 2016

~ PANTUN KASIH ~

PANTUN KASIH
Sulam dipilih jahit bersilang,
Indah sutera jurai berenda;
Ranum kasih bertaut sayang,
Lerai tiada badai melanda.
Muncul pelangi seusai hujan,
Awan memutih alam ceria;
Eratnya tali kerana simpulan,
Eratnya kasih berikat setia.
Di waktu pagi bergema takbir,
Terasa sebak berakhir puasa;
Genggam janji sampai ke akhir,
Berubah tidak di makan masa.
Sayang cempedak isinya tiada,
Benih terpilih kelak mengganti;
Walaupun banyak duga melanda,
Destinasi kasih kukuh di hati.
JAMILAH HARUN
Kemaman
27 Mac 2016.

No comments:

Post a Comment