Monday, 25 July 2016

~ WADA'AH KASIH SAYANGMU..FIRASAT RINDUKU ~

~ Wada'ah Kasih Sayangmu..Firasat Rinduku ~

Di tangkai zafrah cinta bersemi 
membuai indah seloka rindu
membuncah embunan asa
tika aksara menyatu hati
akrar terlafaz jua

saat disayangi, dimanjai kasih
termaktub jua dipuja suci
menitip syair afsun cinta
bagaikan dibelai di ribaan
syauqiyahku bergetar

dirgahayu kemuning cintamu
menyusup nafas lamunanku
terdiam kaku aku di situ
bila disapa listrik rindu
di dakapanmu rela 

bagaikan hanyut di arus pecintaan
dilambung syahdu kasih dipuja
kasmaran cinta bersuluh indah
mengiringi redupan kerinduan
nuasa pun mengundang 

pepohonan syauqiyah kian bertemaram
membiarku di jendela melayani rindu
lantas kutitip hembusan kasihmu
agar aku diselimuti asmaramu
dalam penantian merindu

kini detik penantianku berakhir
daku digelangi resah rindu lagi
bertanya daku pada hati ini
'akan kembalikah dikau duhai arjunaku'
'melagukan nyannyian cinta'
'mendakapku erat dipelukanmu'
'dengan bisikan setia kasihmu'..

lalu kugapai tinta yang diutusmu
kubaca dan terus kubaca tanpa jemu
ucapan bicaramu dengan penuh kasih
mengharap kumenanti kepulanganmu

tika kucuba melangkah 
di hadapan kanvasku terukir madah
lantera merindu dihiasi bunga mawar
harumnya mewangi menuruti bayu
lantas kucari pesona di sukma
dirasakan bayanganmu mengekoriku..

'Wada'ah Kasih Sayangmu..Firasat Rinduku'…
noktah cintaku kini disisi..kasihmu bersemi..
aku adalah milikmu..

#akuwanitabiasahinggahujungnyawa
nsq
25hb Julai 2016pm
4.00pm

Sunday, 24 July 2016

~ TITISAN GURISAN RINDU..KASIH TERSEPI ~

~ Titisan Gurisan Rindu..Kasih Tersepi ~

Di sudut jendela yang terkabur
tersembunyi sebuah gurisan
sebuah tinta cinta pesona
mengembali kenangan
tejaku terhampar

hamparan rindu yang disapa
kala pepohonan menjalar asa
lesu pun mulai merungkai
gugusan layu terkulai
dimamah lara merindu

ke mana dan di mana harusku
bawa renjisan aksara cinta ini
tatkala deruan bayu terbuai
mengusapi pusara kasihku
lelahku di persada duka

lalu langkahku ini terhenti lagi
saat gurindam syahdu rindu
mengintai, mengusikku
wada'ah ini tercoret
bila di hatiku sebak

akhirnya rebah di permukaan
denai yang kuhinggap dipersenda
kasih dipuja sementara cuma
cinta yang dibajai ditinggal
bagaikan di penjara

kini ilusi bermadah pujangga
dibelenggu luka tersayat pedih
direntap bicara tajam menghiris
senduku berlagu hiba jua
tiada lagi ungkapan kasih
hanya denyutan rindu
parah dalam hembusan
cinta tersepi...

'Titisan Gurisan Rindu..Kasih Tersepi'...hamparan rindu terpinggir..

#akuwanitabiasahinggahujungbiasa
nsq
24hb Julai 2016
2.20pm

~ PANTUN PERSAHABATAN ~

PANTUN PERSAHABATAN
Bunga di taman ikan di kolam,
Riang di hati bila memandang;
Huluran tangan tiada tergenggam,
Namun di hati dekat terbayang.
Pulang ke desa berhari raya,
Bawa bersama seraga pauh;
Bertemu mata di laman maya,
Bagai saudara walaupun jauh.
Sudah dibaja cukup siraman,
Pohon nangka berbuah lebat;
Di dunia nyata tiada berteman,
Namun di maya ramai sahabat.
Pasang pelana kuda ditunggang,
Di pinggir desa tempat berhenti;
Walau cuma sesekali bertandang,
Masih kupunya sahabat sejati.
Mawar ditabur semerbak haruman,
Segarkan badan ketika mandi;
Melafazkan syukur kepada Tuhan,
Semoga persahabatan kekal abadi.
JAMILAH HARUN
Kemaman,Terengganu
24 Julai 2016.

Friday, 15 July 2016

~ PELENGKAP MALAMKU..DIHIASI RERAMA RINDU ~

~ Pelengkap Malamku..Dihiasi Rerama Rindu ~

Sunyi kala unggas turut bernyanyi
cakrawal menghiasi mega malam
kerdipan cahaya ada di sisiku
namun tetap purnama bisu

ke mana dan di mana serimu rerama
ke sana dan ke sini hinggapmu
menghirup kasih dipuja aksara
gundah mencari lantera

kiasan kata ukiranku rerama berlagu
bagaikan mengerti kusam cinta lalu
engkau tersipu menunduk lelah
rebahmu rerama di pepohonan

duhai cinta..kelihatan rerama berseloka
menguis lara dalam titisan merindu
bergemang mengucupi debunga
yang layu tanpa setitis embun

di pohon relung tersarat walangku
di kelompok rerama, diri bersaksi
seakan berteduh laraku didiami
dipegun di tepian hampa...

'Pelengkap Malamku..Dihiasi Rerama Rindu'...sehati sejiwakah
rerama diambang rawan perindu..dipenghujung kasih aku dibiar..

#akuwanitabiasahinggahujungnyawa
nsq
14hb Julai 2016
10.40pm

Thursday, 14 July 2016

~ RERANTING CINTA..GUGUSAN RINDU ~

~ Reranting Cinta..Gugusan Rindu ~
Di sudut terbaring dedaunan cinta diufuk asa
bergemang menyapa pipi rindu terbias
terusik dengan sapaan bayu mendayu
kilasku terlamun mengikut raksa
syauqiyahku dipalu lagi
kupersembahkan renjisam mawar kerinduan
lantas kugilap dalam pesona zafrahmu
agar gemersik kasih bisa kuanyam
tika embunan cinta membasahi
hamparan rindu di sisi
di persada lantunan cinta fansuri
teja menghiasi seluruh aksara
kemilau mulai mendakapku
tatkala wada'ag tersimpul
afsun pun terlafaz jua
Hanya pepohonan kasihmu nafasku
mencoret di setiap gemawan ini
melakar titisan gerimis rindu
terhias dalam laskara syair
bersamamu akhirnya
di pangkuan diucap
lalu kulengkapimu
dalam bunga-bunga
permaidani wangian mahligai impian..
'Reranting Cinta..Gugusan Rindu'..purnama cintamu milikku
‪#‎akuwanitabiasahinggahujungnyawa‬
nsq
14hb Julai 2016
6.40pm

Tuesday, 12 July 2016

~ BIARLAH..KULEPASKANMU KERANA TERPAKSA ~

~ Biarlah..Kulepaskanmu Kerana Terpaksa ~
Di saat lembayung menguis rindu
kala hamparan kasih memanggil
denyutan kian memuncak asa
menggamit pepohonan lesu
papahku rebah jua
tiada jua usikkan bertalu bersahut
hanya terbiar dire-ranting kering
bagai embunan berselerakan
enggan menitis raut layu
kau menoleh sekilas, megahmu
noktah terakhir kubaca hampa
sesak menyorot membekam
didada kalbu tergores pedih
tercalar nurani
dan ditiap gurisan yang dilakar
kini menjadi hiasan dindingku
coretan demi coretan dihiris
kasih, rindu hilang dimamah
luka dilukai
lantas kulalui jua detik walang
tatkala kulepaskan dirimu
dalam terpaksa, ku akur
biarpun rindu bertamu
menyingkap jendela
kututupi rela galau
walau sendu hiba
menemaniku..
'Biarlah..Kulepaskanmu Kerana Terpaksa'...kerana renda kasihmu yang hanyalah sementara...
‪#‎akuwanitabiasahinggahujungnyawa‬
nur♥
12hb Julai 2016
12.16pm

Saturday, 9 July 2016

~ BISIKAN AKSARA..BERGEMA LAGI ~

~ Bisikan Aksara..Bergema Lagi~

Lembayung menginsut pergi
melemasi teja berkalam sepi
tersipu lamunan menyendiri
terlontar desiran rindu

gerimis mulai berpusar lagi
saat dentuman kasih terbiar
mengukir kata dipepasiran
hamparan berkalut lara

langkah kian lemah longlai
berpusut meredah afsun
tika rangkulan rebah sisi
mencari wada'ah suci..

'Bisikan Aksara..Bergema Lagi'..dibias suara hati..
gemersik menadah pergi..selamanya

#akuwanitabiasahinggahujungnyawa
nur
9hb Julai 2015
11.17pm

~ GURISAN PELANGI..DIUFUK RERANTING ASA ~

~ Gurisan Pelangi..Diufuk Reranting Asa ~
Saat gugusan rindu dibias raksa
zafrahmu mengukir pintu kasih
hembusan simfoni turut disisi
seakan membuncah riang
diperdu fatamorgana
pelangi asyik
kutatapi sekilas lirik dikalbumu
terpancar suria laskara nurani
bertebaran disudut watikah
impian penantian menyapa
lalu kuukir tinta merindu
menanti hadir fansuri..
'Gurisan Pelangi..Diufuk Reranting Asa'..dakapan afsun
hiba penemanku..aksaraku diusik pilu'..
‪#‎akuwanitabiasahinggahujungnyawa‬
nur♥
9hb Julai 2016
2.51am

~ ANDAINYA..KUMILIKI SEMALAM ~

~ Andainya..Kumiliki Semalam ~
Deru bayu berpuput lembut
mengucup debunga rindu
bertebaran warna kasih
saat kulafaz azimat itu
serinya membuncah
asmara bergelora
bicara terungkap lara
menutur rawan asa
kanvasmu diukir
getaran kasih
terluah
'Andainya..kumilliki semalam..galaumu kini didiami
lantunan rindu bisikan fana'..

~ MELONTAR RESAH ~

~ KENANGAN ~

KENANGAN
Kenangan
kembang ketika bahagia
Layu tika rasa
menerjah luka.
Gugur ke bumi
dipijak kaki masa.
Tiada berharga.
JAMILAH HARUN
Kemaman,Terengganu.
29 Mei 2016

~ CABARAN 100 HARI CERAGEM ~

CABARAN 100 HARI CERAGEM
Telus mentari sinari laman,
Cerah berseri sehingga petang;
Seratus hari nama cabaran,
Pusat terapi tulang belakang.
Kerlap kejora cahaya menawan,
Menyeri langit sebelah barat;
Sekian lama mendapat rawatan,
Ramai pesakit kembali sihat.
Di tengah lautan camar sekawan,
Singgah bertamu di pantai indah;
Ketika badan sedang melawan,
Tindakbalas perlu hadapi tabah.
Buah bacang gugur di pokok,
Kutip lekas jangan tertunggu;
Tulang belakang bila bengkok,
Isyarat saraf akan terganggu.
Bunyi kecapi iramanya ceria,
Seruling ditiup indah beralun;
Kesan terapi bawa bahagia,
Badan berat mula menurun.
Pisang disira bersama pandan,
Kuahnya pekat ditambah air;
Sedang berusaha bersih badan,
Kolestrol jahat akan disingkir.
Mawar merah kembang mekar,
Nampak indah bila dirangkai;
Perjalanan darah kembali lancar,
Banyak masalah akan selesai.
Dara didandan majlis berinai,
Berbaju merah sulam bertekat;
Akhir ramadan cabaran selesai,
Diizin Allah semua selamat.
Lentera dipasang di tepi pagar,
Dapat dilihat lamannya cerah;
Cahaya syawal harap bersinar,
Diri sihat anugerah terindah.
JAMILAH HARUN
CERAGEM centre Kemaman.
28 Mei 2016

~ PUISI ~

~ MUSIM BUNGA ~

MUSIM BUNGA
Sedetik datang musim bunga
ketika gersang bumi dipeluk kemarau
betapa berharga sebuah kurnia
menatap indahnya warna.
Terpana mata dalam kerlipan syukur
menadah doa agar tiada hilang
musim bunga ini ingin kuabadikan
pada sekujur harap yang kejap
dalam genggam masa nyata.
Ketika hilangnya musim bunga
hati akan kembali rindu
pada kelopak ungu
gugur di lantai waktu.
JAMILAH HARUN
Kemaman,Terengganu
10 Mei 2016