HANYA SEPELEMPAP
dengan hati
mari kita terjun dalam kolam rasa
meramas getar bulan
yang indahnya terpamer di gelap malam
saksikanlah damainya sebuah rimba
yang setiap dedaunnya dijamah cahaya bulan
nafas-nafas bersih bebas terhembus dan tersedut
tanpa ragu akan sahihnya kurnia-Nya
akankah kauredah perdunya hanya kerana
memindah damai kepada kemajuan
lalu menayangkannya diputaran waktu
akan kesimpang siuran cacatnya tamadun
yang menggigit setiap harapan tinggal kosong
sedang masih kental yang belum bersedia
menyerah hati menikmati pembangunan
menggendong resah menghisap jari
hanya itulah sepelampap yang ada
yang masih harum Melayunya
di mata peribumi.
mari kita terjun dalam kolam rasa
meramas getar bulan
yang indahnya terpamer di gelap malam
saksikanlah damainya sebuah rimba
yang setiap dedaunnya dijamah cahaya bulan
nafas-nafas bersih bebas terhembus dan tersedut
tanpa ragu akan sahihnya kurnia-Nya
akankah kauredah perdunya hanya kerana
memindah damai kepada kemajuan
lalu menayangkannya diputaran waktu
akan kesimpang siuran cacatnya tamadun
yang menggigit setiap harapan tinggal kosong
sedang masih kental yang belum bersedia
menyerah hati menikmati pembangunan
menggendong resah menghisap jari
hanya itulah sepelampap yang ada
yang masih harum Melayunya
di mata peribumi.
Embi Estar : 31 Mac 2015
No comments:
Post a Comment