KHABAR DARIKU
Sudah kukhabarkan dari dulu
bahawa kita ini bukan sesiapa
sudah kukhabarkan dari dulu
bahawa beras kita beras hancur
manakan sama padi malinja.
bahawa kita ini bukan sesiapa
sudah kukhabarkan dari dulu
bahawa beras kita beras hancur
manakan sama padi malinja.
Sudah kukhabarkan dari dulu
selimut kita dari tampungan perca
manakan sama selimut berbenang sutera
sudah kukhabarkan dari dulu
bahawa pinggan kita retak seribu
manakan sama pinggan berkaca biru.
selimut kita dari tampungan perca
manakan sama selimut berbenang sutera
sudah kukhabarkan dari dulu
bahawa pinggan kita retak seribu
manakan sama pinggan berkaca biru.
Sudah kukhabarkan semuanya
jangan cerobohi dunia mereka
kita ibarat semut melata
mudah melukai dan terluka.
jangan cerobohi dunia mereka
kita ibarat semut melata
mudah melukai dan terluka.
cahaya laila
20 April 2015
klang.
20 April 2015
klang.
No comments:
Post a Comment