Saturday, 13 June 2015

~ BERALIH ARAH ~

BERALIH ARAH
Angin mengelus lagi
membisik kata
menyindir setia 
kini dipersenda.
Ah...untuk apa
menadah embun yang sesekali
tiba ke laman bumi
titisnya telah tumpah merata
di daunan hijau
di julai sana
di mana-mana.
Harapan tetap akan kecewa
menjadi seloka
untuk bercanda
bagai ilalang di padang
meliuk sini sana.
Mengharap aku pelangi
walau sesekali
menjenguk diri
indahnya mampu kutatapi
bukan sekadar
merasai.
Lya
Kemaman
11 Jun 2015

No comments:

Post a Comment