Sunday, 16 August 2015

~ SAATKU LAFAZKAN SAKINAH ~

-Saatku lafazkan Sakinah-
Ulangtahun perkhawinan Anna Dahlia
dengan Uda Firdausi
Hening suasana ketika itu
Semua hadirin tertumpu padaku
Dengan lafaz sakinah di bibirku
Maka sahlah dirimu menjadi permaisuriku
Tiadaku menjanjikan emas permata
Harta wang yang berjuta-juta
Kaya raya seperti jutawan semasa
Cuma sekeping hati dari sanubari jua
Maharku terbit dari kalbu
Anugerah dari Tuhan yang satu
Jujur dan ikhlas menyintaimu
Hanya itu yang kumampu
Yakinlah padaku duhai sayangku
Dirimu adalah amanah besar bagiku
Walaupun diriku insan tiada sempurna
Menjaga menyayangimu tanggungjawap untukku ...
BfAnna
Taiping

No comments:

Post a Comment