Ya Allah,
Ku cuba menutup mata
Agar lelap walau seketika,
Namun hampa,
Ya Allah,
Diatas sejadah ku bersujud,
Menyerah diri pada mu,
Hanya padamu tempatku mengadu,
Hanya padamu kuserah jiwaragaku
Ya Allah,
Aku hamba yang lemah
Ampunkan aku ya Allah
Kerana tak terdaya harungi
Ujianmu,
Kutemui jalan yang buntu
ku mohon ya Allah
Bantulah aku
Tolonglah aku
Berilah aku pedoman
Agar aku dapat harungi
Segala ujianmu.
Pedih hatiku,
Sakit jiwaku
Hanya airmata yang mengalir
Bila hati menjeruk rasa
Kepada mu aku berserah
Kepada mu aku bersimpuh
Meminta jalan untuk redhamu
Nor IS
cheras kl
No comments:
Post a Comment