Friday, 10 February 2017

~ ANDAI MASIH ADA RINDU BUATKU ~

ANDAI MASIH ADA RINDU BUATKU
Jalan-jalan waktu
kian menjarakkan rindu
dahulu tergenggam erat
di tangan hati.
Mungkinkah sahara atma
telah mengeringkan ingatan
pernah subur di perdu kenang
lalu engkau alpa
membaja harapan
terkulai di tangkai perasaan.
Apakah esok
berkubur segala kisah
terpisah oleh sendu yang lelah
menjadi sejarah.
Andai masih ada rindu buatku
usah biarkan aku layu
dalam penantian.
JAMILAH HARUN
Kemaman,Terengganu
25 Disember 2016

No comments:

Post a Comment