BAIT TANPA NAMA
sebugar madah meniup rasa
menjulang hasrat merantai hajat
berjuta niat mengamin doa
aksaranya lekat di pinggir lidah
kiranya terukur bersama makrifat
ke mana jatuhnya hati bersalut hasrat
kuntum di kelopak mula mengorak
akan terbaukah harumnya hingga ke perdu
sedang sepoi galak mengusap
memujuk harum di bawa ke puncak
apa lagi yang tinggal di telapak tangan
melihat diksi mengurangkan makna
tinggallah bait tanpa nama.
menjulang hasrat merantai hajat
berjuta niat mengamin doa
aksaranya lekat di pinggir lidah
kiranya terukur bersama makrifat
ke mana jatuhnya hati bersalut hasrat
kuntum di kelopak mula mengorak
akan terbaukah harumnya hingga ke perdu
sedang sepoi galak mengusap
memujuk harum di bawa ke puncak
apa lagi yang tinggal di telapak tangan
melihat diksi mengurangkan makna
tinggallah bait tanpa nama.
Embi Estar : 25 Julai 2015
No comments:
Post a Comment