MENU KEHIDUPAN
dingin subuh
telah kutandai
dengan seribu ingin
mengiring azan
kumandangnya
melerai episod mimpi
yang melalaikan lenaku
dengan doa yang pekat
melebur panas-panas dunia
yang semakin membengkak
dan tua.
telah kutandai
dengan seribu ingin
mengiring azan
kumandangnya
melerai episod mimpi
yang melalaikan lenaku
dengan doa yang pekat
melebur panas-panas dunia
yang semakin membengkak
dan tua.
kudaftarkan tanda-tanda
akhirnya zaman
dari periwayat
yang kental percayanya
kuinsafkan diri
menangisi
setiap aksi
di depan diri
yang setiap hari
menjadi menu kehidupan
sukar dihindari.
akhirnya zaman
dari periwayat
yang kental percayanya
kuinsafkan diri
menangisi
setiap aksi
di depan diri
yang setiap hari
menjadi menu kehidupan
sukar dihindari.
akan adakah damai
merangkul hidup
merentangi warna syahdu
lurusnya ke titian syurga
dan akan terlontarkah
segala penderhakaan
kepadaNya
dan taubat itu
sejauh mana nilainya.
merangkul hidup
merentangi warna syahdu
lurusnya ke titian syurga
dan akan terlontarkah
segala penderhakaan
kepadaNya
dan taubat itu
sejauh mana nilainya.
Embi Estar : 1 Julai 2015
No comments:
Post a Comment