Thursday, 30 July 2015

~ KEMENANGAN ~

KEMENANGAN
Wahai Rahman yang merentang cahaya
telah Kau tayangkan peta kemenangan
tanpa satupun tersembunyi akan kebenaran
pada hati nurani setiap insan yang kukuh beriman
setelah mengharungi getir dan sukar
mengawal segala nafsu godaan meliar
terpahat percaya akan ganjaran sebenar
ia bukan sekadar keberuntungan
tapi kewajaran sebuah ketaqwaan
oleh makhluk terhadap Penciptanya.
Kenapa kemenangan diputar belitkan
meninggalkan yang wajib mengharuskan batilan
puasa sebulan jangan dibuatkan alasan
mencari kemenangan berdulur-duluran
yang tiada diada-adakan
sehingga terserlah sifat dan perbuatan
berlakulah ria dan pembaziran
konon inilah waktu menjamu rakan dan teman
biasa rumah tertutup menjadi terbukaan
lalu berligarlah jadual dan jemputan
mengundang sahabat dan taulan.
Hadapilah kemenangan di laluan yang nyata
agar diri tidak merana di dunia fana
basahkan lidah menyebut Allah yang Esa
berzikir bertahmid tak kira masa dan ketika
kembali kita ke fitrah Azza wa Jalla
mendapatkan redha-Nya ke dalam syurga.
Embi Estar : 5 Syawal 1436 – 22 Julai 2015

No comments:

Post a Comment