Monday, 11 August 2014

~ PERIT ~

Perit.

Ada ketikanya terasa begitu dekat dengan kematian
ketika kesakitan begitu memuncak
ketika nafas tersendat tangan menggigil
bibir memucat saraf mengejang

Laillahaillallah kalimah indah
sentiasa meniti di bibir
menggantung harap kesakitan mereda
penyejuk hati lapangkan jiwa

Air mata sahabat setia
mengalirnya ia pengganti bicara
kerana lidah tak mampu berkata
juga tidak mampu mencicip rasa

Mata terpejam tidak mampu terlena
mengundang mimpi tidak kunjung tiba
bisa menggigit sekujur tubuh
bagai nyawa tinggal separuh.

Cahaya Laila
6 Ogos 2014
Klang

No comments:

Post a Comment