Wednesday, 5 November 2014

~ KUPILIH BULAN ~

KUPILIH BULAN
Kupilih bulan dari banyak cakerawala
kerana di pipinya ada kelembutan cahaya
meski dalam ragaku ada hati Pengiran Bendahara Sakam
tetap kutundukkan ubunku kepada yang Esa
demi sifatNya yang rahman dan rahim
bumi yang kupijak ini anugerahNya
patutkah kudongakkan hidung
menunjukkan belang
sedang sambat malamari
aku dizinkanNya bernafas
tidak pantas kumenongkah arus
lagikan bulan melimbah cahaya ke bumi
dan aku tidak lebih hanya sebesar debu di dada bulan
mana mungkin kubisa mengelabu cahaya
sedang berjuta menadah doa
mensyukuri rahmat dan mengesakanNya
dan bulan tetap bersinar
cahayanya adalah kebenaran akan adaNya.
Embi Estar : 4 November 2014

No comments:

Post a Comment