Thursday, 27 November 2014

~ SYAUQIYAH LAFAZ KASMARAN...CINTA DALAM RENDANG RINDUMU ~

~ Syauqiyah Lafaz Kasmaran...Cinta Dalam Rendang Rindumu ~
Di sudut rendangnya merah debunga cinta ini
kurenjiskan, kupayungi embunan kasihmu
yang kini berselerak di bawah rimbunan
kala angsana rindu mengucup sukma
bila tiba puing mendesah
di pangkuan kasih dambaan jiwa, kutebarkan
wangian bunga-bunga kasih di jambangan
menghiasi ruang taman astokana rindu
membuncah rawan cinta di pintu asa
saat gemersik cinta ada di sisi
bagaikan kiasan fansuri cinta yang bergemang
menyelubungi reranting dedaunan di puncak
bersemi rindu di dada kalbu, penantian jua
di ketika hembusan kasih bertebaran
kala afsun memunggah aksara
di mana dan ke mana harus kujejaki nuansamu
tika gerhana rindu membungkam serata asa
memunggah segenap cinta di persada jua
merintis denai yang ditiup bayu asmara
kasih ini disapa lagi
tika di dakapan rindu yang bergema di sanubari
syauqiyah terlafaz dalam bicara kasih dipuja
meraih gemilang mega yang berkerlipan
saat langit-langit berarak, kalbu resah
dipegun cinta biasan
di tepian laungan jeritan rindu, berteranumku
dalam rintihan sepi, syahdu membungkam
di kala terenjat dalam cinta buaianmu
sehinggakan kumerasa nafas kasih
digelangi bayangan wajahmu
asyiknya gerimis melanda benak kerinduanku
mengusung lantera kasih di penghujungmu
terasa bagaikan diusik, diintai bayangmu
yang acapkali bertamu di perdu cinta
kubiarkan melingkar diufuk raksa
kini, hanya rintisan hujan cinta yang bersemi
yang masih ada di sisiku. rasa kasih rindu
berselerak dalam usaian teja bersatumu
enggan taukifku ini mencengkam lesu
tatkala di kejauhan darimu
ghaflah, tiada pernah membisik lagi di hatiku
biarpun lamunan rindu ini mendakap semu
bebulir cintaku terpatri dalam kuntuman
bertaut bunga nurani taman romantis
kasih ini kugenggam di jiwa saktiku
kerana di setiap detik nafas cinta tertulis namamu
dan di setiap lembayung azimat kasih setia
bersemi dalam anyaman buih-buih rindu
akrarku dalam kalimah sucimu sayang
ikatan percintaan terukir indah jua
dalam rendang debunga seri...
'Syauqiyah Lafaz Kasmaran...Cinta Dalam Rendang Rindumu'..zafrah kasih terukir di mahligai syahdu..
27hb November 2014 Khamis
3.39pm
‪#‎akuwanitabiasa‬
arissa♥

No comments:

Post a Comment