Thursday, 29 October 2015

~ KASMARAN DI JULAI SENJA ~

KASMARAN DI JULAI SENJA
Beralihlah musim
kala salju membeku di julai waktu
mentari datang menyapa siang
mencairkan rindu yang membatu
di ranah kalbu.
Kisah semalam
biarkan menjadi igauan
menghiasi lena mimpi
sedang bangkit pagi
sebuah realiti sering berlari
mengulit wangi impi.
Takdir yang datang
tiada siapa yang mengundang
di luar kemampuan insan
mengatur jejak jalan.
Akurlah sebuah kasmaran
akan datang
walau senja kian temaram
di hayat insan.
LYA JAMIELYA
Kemaman,Terengganu
21 Oktober 2015.

No comments:

Post a Comment