Anakku Sazalee
Wahai anakku sazalee
bukan salah ibumu mengandung
tapi salah ayahmu mengasuh
bukan salah ibumu mengandung
tapi salah ayahmu mengasuh
Anakku Sazalee
mengatur langkah jangan silap
kelak tersungkur sakit padahnya
jangan kausarung pakaian sombongmu
kerana itu bukan milikmu
mengatur langkah jangan silap
kelak tersungkur sakit padahnya
jangan kausarung pakaian sombongmu
kerana itu bukan milikmu
Anakku Sazalee
bertuturlah penuh hemah jaga lidah
jaga hati agar menjadi manusia yang tinggi budi
bertuturlah penuh hemah jaga lidah
jaga hati agar menjadi manusia yang tinggi budi
Anakku Sazalee
hormatilah insan bergelar perempuan
kerana ibumu juga seorang perempuan
adik, kakak, isteri dan anakmu juga seorang perempuan
usah kauulangi kesilapan demi kesilapan
kerana Allah maha mendengar
dan melihat segalanya
hormatilah insan bergelar perempuan
kerana ibumu juga seorang perempuan
adik, kakak, isteri dan anakmu juga seorang perempuan
usah kauulangi kesilapan demi kesilapan
kerana Allah maha mendengar
dan melihat segalanya
Anakku Sazalee
gunakan sisa usiamu pada kebaikkan
sedarlah
taubatlah
kerana ramai jiwa yang telah engkau aniaya
usah berkali-kali kaumenyebut
Zalee tidak bersalah ayah
Zalee tidak bersalah ayah.
gunakan sisa usiamu pada kebaikkan
sedarlah
taubatlah
kerana ramai jiwa yang telah engkau aniaya
usah berkali-kali kaumenyebut
Zalee tidak bersalah ayah
Zalee tidak bersalah ayah.
Cahaya Laila
18 okt 2014
klang.
18 okt 2014
klang.
No comments:
Post a Comment