SETIAKU.
Biar pun telah berapa musim berlalu
aku masih tetap dalam kerinduan
dan di setiap rindu bertandang
kupungut segala kenangan silam
agar kasih terus berdenyut mesra
kusingkir jauh segala keraguan
biar pun kian hari aku tetap terasa kepedihan
kerana rindu-rindu ini seperti kabus
pasti terkuak tatkala bertandangnya sinar mentari
dan hari ini hingga seterusnya aku tetap setia
bernama seorang kekasih untukmu.

cahaya laila
2 okt 2014
klang.
2 okt 2014
klang.
No comments:
Post a Comment