SEHELAI DAUN YANG GUGUR
Sehelai daun di ranting
kian mengering dan layu
digamit waktu yang berlari
lesu digigit hari.
kian mengering dan layu
digamit waktu yang berlari
lesu digigit hari.
Telah lama ia di situ
bertatih dan berlari
dalam hijau segar
menyusur usia dewasa
leka menyapa alam
hingga terlupa hari tuanya.
bertatih dan berlari
dalam hijau segar
menyusur usia dewasa
leka menyapa alam
hingga terlupa hari tuanya.
Kini telah tiba masanya
lariannya semakin menggendur
langkahnya kian sumbang
dan angin pun datang menyapa
membawa pesan dari langit
bahawa bumi sedang menanti
akan gugurnya sehelai daun lagi
untuk melengkapkan kitaran
sebuah kehidupan yang lain.
lariannya semakin menggendur
langkahnya kian sumbang
dan angin pun datang menyapa
membawa pesan dari langit
bahawa bumi sedang menanti
akan gugurnya sehelai daun lagi
untuk melengkapkan kitaran
sebuah kehidupan yang lain.
Qalam Bertinta
Klang
30102014
1017am
Klang
30102014
1017am
No comments:
Post a Comment