ANAK GAZA
Anak Gaza
Kenalnya dentum dan debu
Melihat kota yang musnah
Longgokan batu-batu
Lubang di sana sini
Mereka mesra pada tangis dan darah
Mereka biasa pada raung dan mayat
Mereka sudah kehabisan airmata
Suara mereka hilang di buminya
Mereka tiada suara di PBB.
Kenalnya dentum dan debu
Melihat kota yang musnah
Longgokan batu-batu
Lubang di sana sini
Mereka mesra pada tangis dan darah
Mereka biasa pada raung dan mayat
Mereka sudah kehabisan airmata
Suara mereka hilang di buminya
Mereka tiada suara di PBB.
Anak Gaza
Biasa sakit dan sengsara
Pewaris setia pada derita
Mereka akan kehilangan
Kiranya tiada roket dan bom meledak
Mereka akan kecarian
Kiranya tiada cedera dan kematian
Mereka akan kesepian
Kiranya tiada raung dan tangis
Kerana mereka lahir bersamanya.
Biasa sakit dan sengsara
Pewaris setia pada derita
Mereka akan kehilangan
Kiranya tiada roket dan bom meledak
Mereka akan kecarian
Kiranya tiada cedera dan kematian
Mereka akan kesepian
Kiranya tiada raung dan tangis
Kerana mereka lahir bersamanya.
Taburkanlah seberapa banyak bedil dan bom
Muntahkanlah serangan mengejut dan terencana
Sekatlah seketatnya perbatasan
Anak Gaza telah terbiasa
Kerana itu semuanya untuk mereka
Yang tidak diberi hak untuk berkuasa.
Muntahkanlah serangan mengejut dan terencana
Sekatlah seketatnya perbatasan
Anak Gaza telah terbiasa
Kerana itu semuanya untuk mereka
Yang tidak diberi hak untuk berkuasa.
Embi Estar : 11 Januari 2015
No comments:
Post a Comment