APA KHABAR KUALA LUMPUR
Apa khabar Kuala Lumpur
masih adakah lagi rimbun bahasamu
atau telah landai ditolak mesin-mesin besi
untuk mendirikan angkuh di bumbung banggunan-banggunannya
masih adakah lagi salam persaudaraanmu
atau telah hilang di celah-celah lorong kusam dan hanyir
yang menjadi umpan pada kesialan.

masih adakah lagi kejujuran
pada angin kotamu
atau sedang duduk makan dan minum
dalam istana di Putrajaya
sambil mengira ringgit yang ada dalam akaunnya
masih adakah lagi perikemanusiaan
dalam setiap denyut jantungmu
atau ia sedang memukul bola golf
dari lubang ke lubang
sambil menalkinkan simpati
pada tikus-tikus yang berebutan mengutip sisa-sisa
makanan yang ditinggalkan.

semoga kamu baik-baik sahaja
dan semoga kamu masih tidak lupa pada Tuhan.
semoga kamu baik-baik sahaja
dan semoga kamu masih tidak lupa pada Tuhan.
Qalam Bertinta
Klang
040216
Klang
040216
No comments:
Post a Comment