Monday, 1 February 2016

~ SAJAK BUAT KITA ~

SAJAK BUAT KITA
(Sempena Ulangtahun ke 26 Perkahwinan kita)
Tarikh itu datang lagi
dan kita masih setia di sini
meneguk kemanisan cinta
biarpun setelah 26 tahun berlalu
di saat tubuh dan jiwamu
menjadi halal padaku.
Kita tetap seperti dulu
bercerita tentang cinta
tentang sayang
tentang rindu
duduk berdua sambil memandang wajah sesama
merenung ke dalam mata
lalu membisikan betapa
antara kita sangat menyintai.
Syukur kita tidak pernah tuntas
janji kita tidak pernah culas
jalanan ini akan terus kita selusuri
kerana di dalamnya ada cinta kita
akan terus kupimpin tanganmu
bersama mengatur langkah
tanpa ragu menjengah
kerana kita tahu
Tuhan juga tahu
setia kita sampai ke mati.
Qalam Bertinta
Klang
270116

No comments:

Post a Comment