BERBICARALAH SEKEHENDAKMU
Berbicaralah sekehendakmu
bicara yang engkau anggap rasional
tanpa perlu bertolak ansur
kerana biar dirantai beban hidup
atau berdepan gementar siang dan resah malam
kami adalah kebun segala kesabaran
dan kami masih mampu meniduri hamparan derita
pada setiap hari yang bangkit.
bicara yang engkau anggap rasional
tanpa perlu bertolak ansur
kerana biar dirantai beban hidup
atau berdepan gementar siang dan resah malam
kami adalah kebun segala kesabaran
dan kami masih mampu meniduri hamparan derita
pada setiap hari yang bangkit.
Bersuaralah sekehendakmu
usah fikirkan masalah kami
kerana itu bukan masalah kamu
derita kami bukan derita kamu
siksa kami bukan siksa kamu
dan menangis kami bukan air matamu.
usah fikirkan masalah kami
kerana itu bukan masalah kamu
derita kami bukan derita kamu
siksa kami bukan siksa kamu
dan menangis kami bukan air matamu.
Berbicaralah sekehendakmu
berbicaralah tentang demokrasi
biarpun ia telah lama mati
kerana apalah demokrasi padamu
selain dari topeng si pencari kuasa
dan kehalobaan yang memalukan
demi mewariskan kemewahan
kepada turunanmu.
berbicaralah tentang demokrasi
biarpun ia telah lama mati
kerana apalah demokrasi padamu
selain dari topeng si pencari kuasa
dan kehalobaan yang memalukan
demi mewariskan kemewahan
kepada turunanmu.
Berbicaralah sekehendakmu
bicara yang cuba menggugat
dan merebut keriangan kami
kerana kami tahu
bicaramu kian terkulai
dan patah pada fakta dan sejarah
dan kami masih boleh terus berdiri
untuk menyimpulkan harapan
pada Tuhan.
bicara yang cuba menggugat
dan merebut keriangan kami
kerana kami tahu
bicaramu kian terkulai
dan patah pada fakta dan sejarah
dan kami masih boleh terus berdiri
untuk menyimpulkan harapan
pada Tuhan.
Berbicaralah sekehendakmu
ia tidak akan membunuh kami
kami kian teguh, kian kukuh
mimpi kami masih manis
mimpi putera dan puteri kami juga masih manis
batuk derita itu tidak lagi kami hitung
telah kami lepaskan dari kerongkong payah
untuk merebut kembali keriangan
biarpun masih tersepit
di antara ego dan rakus sang pemerintah.
ia tidak akan membunuh kami
kami kian teguh, kian kukuh
mimpi kami masih manis
mimpi putera dan puteri kami juga masih manis
batuk derita itu tidak lagi kami hitung
telah kami lepaskan dari kerongkong payah
untuk merebut kembali keriangan
biarpun masih tersepit
di antara ego dan rakus sang pemerintah.
Qalam Bertinta
Klang
Klang
No comments:
Post a Comment