Sunday, 10 January 2016

~ PELAYARAN WAKTU ~

PELAYARAN WAKTU
sebuah takdir
mengheret ketentuan yang entah
menafsir qada dan qadar
berjeda dalam hikayat hidup
pelayaran yang pasrah.
merentas segara misteri
mengelek mimpi-mimpi
merenung kejora di langit tinggi
rebah di kaki pelangi.
tikanya gelora reda
tenang laut pantai ceria
membelai pesona
pelayaran kapal menuju destinasi
diulit mimpi
aroma wangi.
selagi belum ketemu noktah
tetap meredah akur pelayaran ini
bermain ombak, mencium hanyir laut
bercumbu dengan angin
kerana aku tahu pasti
di dasaran sana ada mutiara
menanti.
LYA JAMIELYA@JAMILAH HARUN
Kemaman,Terengganu
27 Disember 2015.

No comments:

Post a Comment