Sunday, 10 January 2016

~ KIRIMAN RINDU VIA ANGIN ~

KIRIMAN RINDU VIA ANGIN
Jauh mengusung jarak
di antara batasan waktu yang lelah
saat bibir tidak mampu melafaz
sebuah ingin yang terpengap
terpasung rindu dalam jasad hangat.
Terbeku hasrat dalam tanya
mencari hilangnya kejora
takdir bagai menidakkan pertemuan
antara dua mata.
Pada kiriman rindu
tiada henti
kulayangkan rasa, lewat angin
kerana aku tahu
kau jua menadah ingin
sepertiku
untuk pertemuan antara
mataku dan matamu
persis dahulu.
LYA JAMIELYA@ JAMILAH HARUN
Kemaman,Terengganu.
22 Disember 2015.

No comments:

Post a Comment