NYALI RASA
dan...
mentari hari ini membinar
ramah kasih mencium ubun
hangatnya menyerap
nyeri sukma di dalam.
mentari hari ini membinar
ramah kasih mencium ubun
hangatnya menyerap
nyeri sukma di dalam.
gontai atma
bagai terpujuk semangat suria
walau nyali rasa terpegap diam
merinai hujan
dalam kabut naluri.
bagai terpujuk semangat suria
walau nyali rasa terpegap diam
merinai hujan
dalam kabut naluri.
mengutip semangat
bangkit berkali
pasrah pada ranum kasih Ilahi
tiada mungkiri janji
menghidang manis realiti.
bangkit berkali
pasrah pada ranum kasih Ilahi
tiada mungkiri janji
menghidang manis realiti.
LYA JAMIELYA@ JAMILAH HARUN
Kemaman,Terengganu.
23 Disember 2015
Kemaman,Terengganu.
23 Disember 2015
No comments:
Post a Comment