Saturday, 20 December 2014

~ DEBU BERTERBANGAN ~

DEBU BERTERBANGAN
Debu berterbangan
mengingatkan aku
erti kewaspadaan
dan kehidupan ini
terdedah oleh kepayahan
semacam dugaan
merintangi perjalanan.
Debu berterbangan
kabut di kejauhan
menutup penglihatan
mewarnai rempah ratusnya alam
meski gerun mengikat kewalangan
betapa tangan-tangan
merosakkan keindahan alam
Debu berterbangan
sebuah fenomena tak berkesudahan
kemajuan dan ketamadunan
sering berkejaran demi pemodenan
bakal melakar ladang keinsafaan
darinya tersirat ribuan kekalutan
selagi adanya nafsu dan kerakusan.
Embi Estar : 19 Disember 2014

No comments:

Post a Comment