Sunday, 14 December 2014

~ SEMERAH JANJI ~

SEMERAH JANJI
Di perlimbahan waktu
mendakap akur sebuah janji
terlakar di bendang hati
kejap terpatri
walau simpulannya terungkai berkali
setia aku mengikat lagi
tanpa henti.
Hayat berlari
dari hijau daun
hingga jingga kini
sungai duga jua cenuram
tabah diharungi
dalam kelat hari
patah dayung berganti tangan
muara tetap kucari.
Mengutip mimpi
pengakhiran yang wangi
menagih merah janji
akankah kutemui.
Lya Jamielya
Kemaman
11 Disember 2014.

No comments:

Post a Comment