MELERAI KUSUT
Kita tidak pernah berbicara
meski sebutir pasir mengenai kebenaran
waktu-waktu santai yang sarat ruang
kita lenyapkan dengan hembus nafas
pekat mengukir sebuah hati yang berdarah
yang dalam diam kita menyerah
pada pundak takdir yang sememangnya hadir
mengisi ikatan longgar pada sebuah fikir
yang terbenih dalam hamparan keciwa
akhirnya derita itu mesra bagaikan sebuah mainan
melingkari hidup walau tidak direlakan.

Hanya atas sebuah keyakinan
tanpa diwarnai oleh jitunya janji
kita mengangankan langkah paradigma
dari sebuah titik goyah
yang tunjangnya tidak menggapai bumi
mana mungkin tangis yang kitacipta
dapat melerai kusut
kerana kitalah buluhnya yang sukar dilentur.

Embi Estar : 3 Disember 2014
No comments:
Post a Comment