Tuesday, 23 December 2014

~ TAUBAT DI HUJUNG NYAWA ~

TAUBAT DI HUJUNG NYAWA
Terhakis sudah sebuah intagriti
Yang bersauh kukuh di pojok hati
Hendak dirujuk kehilangan bukti
Menggigit jari mencari erti.
Tiadalah bermakna sebuah janji
Bukan jaminan menuntut simpati
Walau berjuta disalut budi
Usah diharap orang peduli.
Namanya jua alam nan fana
Tempat manusia melakar durjana
Kesetiaan kejujuran tiada guna
Selut dan lumpur jua yang ternama.
Al Quran dan Sunnah entah di apa
Hanya pendinding bermuka-muka
Bacul dan durja tempat utama
Mengaut laba menjadi budaya.
Faham mengerti hujungnya fana
Kesempatan yang ada tidak tersisa
Yakinnya penuh taubat nasuha
Detik terakhir di hujung nyawa.
Embi Estar : 22 Disember 2014

No comments:

Post a Comment